Tuesday 21 June 2011

moga hati ini kuat

Assalamualaikum

Sekarang jam menunjukkan pukul 11.22..
keja dh buat tapi dlm pada itu fikiran menerawang kemana mana
kenapa aku dipilih utk di uji begini?
tiada hadirnya cahaya mata yg menghiburkan kami suami isteri
kenapa bukan org lain, kenapa aku dan suamiku?
teringin bila melihat org lain mbawa"cinta hati" pegi shopping
pegi main air di pantai, bw balik ke kg.
jumpa tok dan tok ayah
ke mana mana saja di gendong "cinta hati"
menunjukkan rasa cinta dan kasih sayang
menunjukkan rasa tanggungjwb sbg ibu dan ayah
kenapa aku tidak dapat merasai apa yg mereka di luar rasa?


Melihat orang membawa perut sudah mampu membuatkan fikiranku
entah kemana mana
bagaimana agaknya perasaan aku dan hasben bila upt menunjukkan double line
bagaimana agaknya rasa bila ada nyawa dlm rahim
bagaimana agaknya rasa mual dan loya2
bagaimana agaknya rasa bayi kita menendang
bagaimana agaknya rasa mengidam itu
bagaimana agaknya rasa bila semua orang mengambil berat pasal kesihatan kita semasa "pembawakan"
bagaimana agaknya rasa kami berdua bila melihat denyut jantung "cinta hati" dlm rahim ku
bagaimana, bagaimana, bagaimana,
sedih, pilu,sebak, rendah diri,air mata sudah menjadi rakan karib ku sejak setahun yg lalu

NAMUN,
lama kelamaan aku sudah berjaya men"kaunseling" kan diri aku sendiri
bahawa aku dan hasben telah di pilih utk ujian ini kerana Allah swt sayangkan kami
bahawa kami diuji begini kerana Allah swt mahukan kami lebih dekat dgn Nya
berdoa, bertaubat, merendah diri di hadapan Nya
bahawa kami diuji kerana ingin kami suami isteri membetulkan diri kami terlebih dahulu
sebelum memegang tanggungjawab sebagai ibu bapa
kini telah aku sematkan di hati bhw kami di uji begini mungkin Allah mahu beri yg terbaik buat kami
zuriat yang xternilai, zuriat yg kami benar2 hargai,zuriat yg soleh solehah.

Moga apa yg aku dan hasben rasakan ini dan pada ketika ini
terus menjadikan aku sabar, redha atas semua ketentuan ini
Ya aku tahu ini semua berlaku pasti ada hikmah yg besar dlm kehidupan rumah tangga kami
cuma terkadang hati tersentuh bila mendengar rakan ofis yg baru berkahwin heboh mengatakan
berjaya mengandung, masing2 m'bawa perut yg comel2...:-(

"Ya Allah padamu hambamu ini berserah dan berdoa Kau berilah ganjaran setimpal dengan ujian ini"
"Kau la Maha Memiliki ke atas segala galanya kejadian Mu"

11 comments:

  1. wiyah jugak sdg menuju ke impian itu....semoga kita berjaya menuju ke puncak impian kita!! ;-)

    ReplyDelete
  2. insyaallah

    kt sma2 la jd blog medan p'kongsian ilmu..
    moga ada ganjaran kita nnti..

    ReplyDelete
  3. Awak buat saya sedey la baca entri ni..
    jangan la sedey Ok..
    Kami semua merasalkan hal yang sama...
    Sabar ye, Allah belum nak bagi kita rezki lagi...
    Slam kenal...=)
    senyum ok...dont Be Sad..

    ReplyDelete
  4. salam,

    jgn sedih saya cuma tulis apa yg saya rasa..dpt kwn2 yg memahami pun dh bt saya hepi...hati kita semua kena kuat..saling support each other..thanks anie..

    ReplyDelete
  5. hai Myazara...

    time kasih sbb folo Yana..sama2 kita berkongsi apa yang boleh dalam usaha kita untuk peroleh sikecil kurniaan Allah.. =)

    ReplyDelete
  6. Hai Zara..
    Kak reen dtg melawat ne.. tenkiu ye sudi berkunjung dan follow blog kakreen :)

    Apa pun, moga kita akan dpt berita gembira satu hari nati. Insyaallah.. :)

    ReplyDelete
  7. yana : thanks yana..insyaallah sm2 kita usaha dn doa k..

    kak reen : thanks kak reen sudi folo blog zara.insyaallah kak moga impian kita tercapai

    ReplyDelete
  8. myazara..sabarlah.. memang perit..memang terasa..tp kita kena kuatkan..

    mgkin rezeki kita agk lmbat..tp mana taw..skali dapat..berganda jadinya..

    kita doa sama2 ya..

    **akan mkin terasa bl dh setahun kwen pastu ade mulut yg mula brtny..!

    ReplyDelete
  9. qaseh: ye harap2 kt mampu bersabar...cuma golongan kita shj yg btl2 memahami...mujurla sy dpt teman2 spt anda semua...

    ReplyDelete
  10. Salam Mya,
    Thank u for following my blog :-) Meh la kita sama-sama doa semoga usaha kita berjaya...

    ReplyDelete
  11. insyaallah...moga ada sedikit sinar dlm doa kita..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...