Wednesday 28 September 2011

Happy Moon Festival























Tuesday 27 September 2011

pahala yg patut dicari

Mimpi Nabi SAW

Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad saw
bersabda:

"Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada
malam aku sebelum di Israqkan........"

1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datang oleh malaikatul
maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya, maka
malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN
KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA
.

2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat
menyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh
syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan
dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat
daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan
rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab,tetapi SOLATNYA YANG
KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK
telah melepaskannya dari seksaan itu.

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia
mendatangi satu telaga di halang dari meminumnya,ketika itu datanglah
pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.

6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang
sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan
diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.

7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita
di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka
datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang - benderang.

8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi
mereka tidakpun membalas bicaranya,maka menjelmalah SIFAT
SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU
lalu menyeru k epada mereka agar menyambut bicaranya,lalu berbicara mereka dengannya.

9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya,maka
segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.


harap dapat memperbanyakkan pahala
sebelum diambil nyawa
bekalan aku nak bawa 'ke sana' kelak

Monday 26 September 2011

open house

ari sabtu baru2 ni
aku ngan en hasben ada buat rumah terbuka ckit



xramai pun kwn yg kami invite
hanya yg rapat2 ajo
bukan xnak jemput smua tapi aku xdayo nak msk
bnyk2...aritu masak tuk 5 family
pun aku dah mula rasa cramp2 pinggang

hoohohoho sgt merbahaya okeh 
bg ibu2 yg masih 'baru' lg bw perut
mcm aku ni..
so xbyk pun yg aku masak
hanya buat bihun sup utara
xdak makanan lain..
hanyalah bihun sup semata2


haha...itu jela bnda yg senang nk buat aku rasa
kalau nak masak nasi mungkin agak rumit sikit
yela kang aku sorang bersilat kat dapur
xdak sapa membantu kan penat tu..
en hasben plak ditugaskan kemas ruang tamu

itupun hari tu kami di uji dgn kereta rosak dan kad ATM aku di block
nak xnak kena pegi
KLIA terminal tuk buka blk block kad aku tu
berkejar kesini sana
blk dr settle smua tu baru la aku mula memasak
mmg penat gak tp sonok melayan
tetamu dtg umah, nak2 plak
melayan anak2 mmbr aku
pengubat rindu kat anak2 buah

ingat tahun depan nak buat open house
yg gempak sikit lah....insyaallah
nk buat mknan byk sikit
nk buat laksa, nasi impit kuah kacang
sate dan jajan2
hahahaha dan plan kau
blum ape2 lagi..syawal pun blum abes lg taun ni
ada hati nak plan tuk syawal taun defan
xpe kurang2 ada niat...kihkihkih

k la till then

:-mabuk dah beransur hilang, alhamdulillah..cuma rasa badan je yg xbrapa nk kuat lagi.kalau buat keja xhenti2 mang akan cepat penat...harap2 ia cepat berlalu..sblm tu enjoy every single moment.

Thursday 22 September 2011

buku merah

pepetang ni rajin la plak
td kata xdo mud tapi hado lg benda
ko update kan

ok nak cita sal buku merah
tp bg aku bkn merah k tp fink wat
tp ahpesal ramai org panggei buku merah
pada aku yg xrabun warna ni buku tu fink ok
ah ape2 jela janji buku jugak
aku pegi check masa kandungan 10 minggu
pegi kat klinik berdekatan umah ajo
presint 9

pegi ngan en hasben pagi tu
mang aku menyutikan diri hari tu
rasa malas g keja
boleh gitu??malas??
aku g amek no giliran tgu lama gak then
that nurse panggl buka buku suma
tanya itu ini

dan bermula la sesi melawat kaunter2 kat klinik
1st amek air kencing , pahtu amek darah
pahtu amek darah lagi tp yg ni amek darah kat lengan
tadi amek darah ujung jari
dulu aku ni seorang yg sangaaaaaaaaaaat
takut dgn jarum hokey
penah amek darah masa nak buat ujian HIV
masa time nak kawen dulu, bdn aku menggigil
nurse tu kata tenang dik jgn gigil nnti saya xleh cucuk
langsung aku xpandang jarum dan apa yg nurse tu buat
betapa takutnya aku ngan jarum
tapi bla cucuk xsakit pun cuma lebam selama bbrapa hari
mungkin sbb aku gigil gamaknya
jarum tu pun gigil masa nurse cucuk2
tapi bila dah ngandung aku akan kerap di ambil
darah so aku kena buang jauh2 perasaan
takutkan jarum, nasib amek darah aritu aku steady je
xde plak rasa gelabah ke ape ke
mungkin persediaan awal mental aku kot sblm pegi tu
eh sambung balik pas tu g check gg..org cakap paling lama 
bila part check gg, tapi aku masuk jap je
check pun kejap ja xsempat duduk 5 minit doktor kata
xda pape masalah
kuar plak then tgu plak nak masuk bhgn ibu dan anak
lama gak nurse tu check itu ini 
check berat tanya sejarah penyakit
dlm family penyakit aku tanya itu tanya ini
check t***k check perut ...lololoolo malu..
pas kuar  bilik tadi jumpa plak doktor kat bhgn lain
tgu lagi no giliran, blh semput tau kejap sini kejap sana
jmpa doktor manyak manis
tanya itu ini aku cakap ada mabuk la skang ni
doktor manis cakap kena amek air kencing satu kali lagi
untuk nak pastikan xda masalah bila aku mabuk2
haiyooooooooooooooooooooo
manyak tension oooo
aku dahla tengah pening xmkan ape pun lagi
kuar plak tgu panggil nama nak check air kencing
agak lama di situ hokey
dah siap tgu lagi nak jmpa doktor tadi
mang menguji tahap ketahanan badan aku ni
nasib xfengsan kat situ jugak
lamaaaaaaaaaaa tgu then jmpa 
balik doktor dia ckp ok suma
cuma ada 2 3 bnda yg low
next time dtg pastikan semua nya maintain
ape yg low aku pun xtau, malas tanya sbb aku 
pun dah low bateri....lapar pening suma ada
kuar tgu lagi amek ubat kat farmasi
siap suma dalam pukul 12tghari

dah siap suma balik benti beli makan
balik umah makan dan aku tetido sampai
pukul 3 lebey...
punya penat badan ni......

nasib en.hasben hado, dapat picit2 sikit
picit sikit ja yg lebih tu dia layan main game laptop
hmmmm...

walau mcm mana penat pun aku kena hadapi
ini adalah perjuangan seorang ibu dlm
memastikan baby dalam kandungan sentiasa dipantau
kesihatan dan tumbesaranya oleh doktor
aku kena hadapi semua keadaan ni
dalam masa 6bln lagi...
xpe insyaallah aku akan kuat

tu je kot nak update
tapi nak tanya kwn2 sekalian ok ke aku dok update
perkembangan kandungan aku ni?
kalau rasa kurang selesa tinggalkan komen ye
aku akan stop update terkini jika ada
kwn2 yg terasa hati k....

till then


xde mud plus malas plus xlarat plus plus

lama kan xtulis kisah terbaru
aku still lagi melawat blog korang smua mana yg sempat
aku tinggal kan komen aku tinggalkan.
nak tgk blog kekawan mang ari2 aku buat
tapi nak menaip entri sendiri subhanallah malasnyaaaaaaa

ape nak jadi la kan
dulu bertekad nak jadi blogger yg ada topik tiap2 ari
tapi hanya sekejapan sahaja
pahtu ntah kemana mana

skrang ni tahap kesihatan adalah berada dibawah paras laut
mang xleh blah, rasa cam nak amek cuti setaun
aku nak duk umah jaaaaaa
pastu cukup bln org dapat gaji aku dapat daki
gegetkukukaki

arini lg la aku rasa mud down plus keletehan
bli mkn pagi ni berusik hanya sikit sajok
pahtu aku rasa cam dah xleh telan
busy plak pg ni dgn bos nak meting
last minute br nak buat itu ini
bos tgh meting dats y aku leh conteng2 jap kt sini

byk bnda nak cita tp otak rasa beku ja
1 hape pun aku malas nak pikir dan karang
apa terlintas aku taip ja
ni pun ntah apa aku meraban ni..msti korang rasa jemu kan
tgk aku tulis merepek repek

oh bytheway aku nak ucapkan tahniah kepada dua
org kawan blog yg berjaya pegnen
alhamdulillah
tahniah hikari dan qaseh
semoga anda berdua menjaga kesihatan dan kandungan 
baik2 ye...

nanti ada lagi bnda aku nk merepek aku singgah sini lagi..
k la till then

Tuesday 6 September 2011

setelah lama bercuti raya

hari ni aku dah masuk keja dgn perasaan
malas yg amat, yela nok aku cuti hampir 10 hari mahu
tak nye kemalasan telah melanda diriku

alhamdulillah tahun ni cuti aku manfaatkan
masa bersama famili dan aku rasa tahun ni
kami somi isteri telah berlaku adil di kedua belah pihak 
hahaaha tahun lepas aku telah membuat somi rasa xpuas
hati sebabnya balik raya umah aku lagi lama dari umah dia
kikiki so tahun ni aku buat jadual awal supaya 
berlaku adil di kedua belah pihak

raya pertama umah MIL kiteorang buat soto,bihun sup
koteaw sup fuhhhh mabeles
sedih pun hado sbb tiap2 pagi raya pertama 
famili aku, aku ngan adik badik aku 
akan membuat onar dalam dapur mak aku
riuh rendah dibuat kami semua...besttttttttt
tapi kali ni sunyi ajo tanpa dapat gaduh2 ngan kak2 aku
raya umah aku dorang wat nasi daging ngan kambing
masak black pepper, ayam berempah
daging masak gulai..xdan aku nak mkn cedihh wooooo

xpela berkorban tuk en hasben tahun ni
biar dia pun dapat merasa beraya ngan famili dia
sampai petang raya pertama tetamu xhenti2 mai umah MIL aku
penat seh tapi sonok gak dapat melayan sedara2 en hasben
raya kedua aku balik umah aku kami buat laksa pulas
mean laksa buat sendiri dari kuah sampai ke laksanya
we all buat sendiri k..adun tepung then pulas sendiri
mang mantap, ingat tuk mkn famili2 tapi orang datang ramai
dah macam raya pertama jadi habis sudah laksa
yg kami buat...waduhhhh keciwa sbb aku kan hantu laksa
3 hari berturut2 mkn laksa pun xpa

tapi ok la org dtg bagi mkn dapat pahal tau
seronok raya tahun ni walaupun penat berjalan 
dari siang sampai ke malam
rasa macam xnak balik keja pun ada
nak ja dok kat kg
gambar2 sekitar hari raya xhado sbbnya
aku ngan en hasben pakai henpon cam ayam serama ja
kamera pun xdak...mesken la katakan
klw x leh tunjukan juadah makanan kg kami
tuk korang semua tengok
sama ke x ngan juadah raya korang

hihi di kesempatan ni aku dengan perasaan rendah diri
nak ucapkan
SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR & BATIN
tuk semua teman ku sekalian
walau pun lambat tapi raya kan sebulan
boleh lagi nak ucap hari raya...ngeeee

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...