Tuesday, 26 July 2011

sedih ke bila xda anak???

soalan s*** apakah tu????
aku pun xpaham ada org bongok p tanya camtu
yela ko anak dah 4 5
so soalan mcm tu kuar senang je kan dari mulut ko

xpikir dulu ke nak tanya soalan camtu
ini yg aku cakapkan banyak kali
org yg dah beranak pinak
mang susah nak paham perasaan org yg
susah dapat anak

kot ye pun ko nak nyakitkan hati org
jgn la bangang p cakap camtu
cube ko pikir
ko xrasa pape ke kalau ikut akal yg waras
cemana hidup ko kalau ko xdak anak2 ko
sekarang ni...itula apa yg kaum ttc rasa

kadang dorang ni xnak paham tau
perasaan org, cakap men lepas
men sedap mulut je
aku skrang ni dah paham peel
sesetengah pangai org kat tmpt keja aku

so aku malas nak cita atau share 
apa2 pasal susah nak ngandung
sbb dorang XKAN paham....
lagi kuarkan statement yg nyakitkan ati ada la

 naik nanah aku mendengar
nasib baik aku xpusing hadap muka dia
then cakap "bodoh ko ni"

benda ni jadi kat aku tahun lepas
so pengajaran pada aku agar xkuarkan lagi
topik mengandung depan derang...
stopppp.....

mood

macam xda mood nak hapdet
penat letih malas suma ada

ingat satu ja skang ni
nak balik umah tido
moleh???

smlm adik ipar aku kol cakp
kat en hasben ada surat saman
sampai umah kg
sapa yg bawak?????
aku....???
sbb ada gmbr aku ok...
glemer jap.

malu aku kat mak mertua aku
mesti dia ckp aku drift kt jln raya
hahaha....
tp yg xbes sila settle kan 
saman before balik raya
huhuhu...sedihhh

en hasben cakap sapa pakai keta org tu 
kena bayar...aku la tu...
dia kata tula dah banyak 
kali org pesan jgn bw laju2
degillll.......

toiiinggg!!!!!!!
hilang kata2 aku nak kuarkan ayat bela diri
yela nnti ayang bayar la.....

dalam ati nyampah tol...
asal la time nk kumpul duit 
time tula ada saman

sengal..

Saturday, 23 July 2011

gambar hindi

arini ingat nak wat keja
bw balik segala keja nak wat tapi silap plak
pegi bukak gambar hindi
so say bye bye to work
hello to hindi movei

ni membuatkan keja aku xsiap
mamposss...mlm ni jela cover
tapi nak wat cane tgk gmbar hindi ni cam besh je
cita sal anak ngan bapak
''paa''
anak yg cacat bapak seorang ahli parlimen
abishek bachan jadi bapak
amitabh bachan jd anak yg cacat

hmmmm layannnn

ok bye bye
nk sambung tgk cita ni

Friday, 22 July 2011

hari ini

entri ni xperlu baca
ni hanya luahan perasaan yg biasa
sbb aku rasa perlu luahkan juga
agar hati lebih tenang




hari ni mungkin xsegembira smlm
macam2 bnd keliling yg berlaku
pedihnya rasa hati
smpi bila lg pedih ni harus aku tanggung
dlm seminggu msti ada jugak sehari yg akan buat
hati ni merasa pedih
ye aku bkn kuat, pada zahir org nmpk ok
hakikat dalaman aku je yg tahu

kenapa aku dikeliling org2 yg subur
baru kahwin lekat baru kahwen lekat
sgt subur...yes aku cemburu, yes aku mengaku
aku lbh rela bersama kerja dgn org2 tua
yg xmungkin ngandung lagi
aku rela...kadang2 dorang yg subur ni xtahu 
jaga perasaan aku, kenapa begitu kejam. walaupun
dengan sebaris ayat, hati aku macam 
disiat siat...korang tahu x???????

nak ngadu pada en hasben takut dia pun merasa
pedih..ku pendam sorang2..
ada 1mlm aku buka fb, sbnrnya dah lama aku xbuka fb
ntahla xda mood nk tgk fb
macam biasa ramai update status dh ngandung
tengah mabuk, morning sickness
tutup laptop tunduk muka ckp sediiiiihhhhh
en hasben pandang nape ni?? aku ckp sedih la
ramai yg update status dh ngandung
sedihhhh....en hasben bilang udahla tu
jgn tgk fb lagi....tido atas paha dia
lagi rasa sayu hati ni


sekarang tengah menaip ni pun mcm mahu menitik 
kuar airmata, tapi kutahan juga kerna tkut
org sebelah perasan pulak aku nangis
tapi bila nangis dlm hati ,  buat aku lagi parah
sbb rasa itu xdpt aku kuarkan
sakit kepala, pening, xda mood
macam2 bersarang dlm kpla ni....
aduhhhh...kenapa rasa ni slalu dtg
walaupun seringkali aku cuba xberpikir
tentangnya......kenapa aku masih terus terasa...
kenapa?kenapa?kenapa hati ni xkuat...
Ya Allah tolonglah aku...
Lemahnya aku rasa, kerdilnya aku rasa

Thursday, 21 July 2011

hargai isterimu wahai para suami!!!!!!!

korang baca la sendiri ye
sedikit sebanyak ada sangkut paut ngan kaum ttc
para suami hargai isterimu, terimala
dia seperti mana dia menerimamu dgn hati yg tulus ikhlas 
diminta harap bersabar bila baca entri ni
sebab agak panjang entri kali ni....... 



Sebuah kisah tatapan utk semua... 

Yang baik jadikan pengajaran...wahai suami reda lah dengan apa yang
ada pada isterimu.......... Nura memerhatikan jam di dinding, sudah dekat
pukul 12.00 malam, argh... dia lambat lagi malam ini. Akhirnya sofa itu jugak
menjadi katilnya malam ini. 2.00 pagi.
"Nura, Nura bangun sayang". Hilmi mengejutkan isterinya.
"Eh! abang dah balik, maaf Nura tertidur, abang nak makan?" tanya Nura.
"Tak per lah abang dah makan tadi, Jomlah kita tidur di atas". jawapan yang
cukup mengecewakan Nura.
"Arrggh rindunya Nura pada abang, rindu nak makan semeja dengan abang, abang tak nak tengok ker apa Nura masak hari ni, ikan cencaru sumbat kesukaan abang," luah Nura dalam hati. "Abang naiklah dulu Nura nak simpan lauk dalam peti ais dulu". pinta Nura sambil menuju ke dapur. Gugur air mata isterinya menyimpan kembali lauk-lauk yang langsung tidak dijamah suami tercinta, kecil hatinya sedih perasaannya. Nura ambil dua keping roti sapu jem dan makan untuk alas perut kerana dia sememangnya lapar, tapi selera makannya terbunuh dengan situasi itu.
Nura menghirup milo panas sedalam-dalamnya dan akhirnya masuk bilik air gosok gigi dan terus menuju ke bilik tidur. Sekali lagi terguris hati seorang isteri apabila melihatkan suaminya telah terlelap. "Sampai hati abang tidur dulu tanpa ucapkan selamat malam tanpa kucupan mesra, tanpa belaian dan tanpa kata-kata kasih abang pada Nura", bisik hati kecilnya.
Aargghh rindunya Nura pada abang. " Nura rindu nak peluk abang, Nura nak kucup abang, Nura rindu abang". Selesai solat subuh Nura panjatkan doa semoga dia sentiasa beroleh bahagia, dipanjangkan jodohnya dengan Hilmi tercinta, diberi kesihatan yang baik dan paling panjang dan khusyuk dia berdoa semoga Allah berikan kekuatan untuk menempuh segala badai.
Selesai menjalankan amanat itu, Nura kejutkan Hilmi, manakala dia bingkas menuju ke dapur menyediakan sarapan buat suami tersayang. Nura keluarkan ayam dan sayur dan mula menumis bawang untuk menggoreng mee.
"Assalamualaikum", sapa Hilmi yang sudah siap berpakaian untuk ke pejabat.
"Waalaikumsalam, sayang". Nura cuba bermanja sambil menambah, "abang nak kopi atau teh?" Nura tetap kecewa apabila Hilmi hanya meminta air sejuk sahaja, dia ada 'presentation' dan hendak cepat, mee goreng pun hanya dijamah sekadar menjaga hati Nura dan tergesa-gesa keluar dari rumah. Nura menghantar pemergian suami hingga ke muka pintu
"Abang, Nura belum cium tangan abang, abang belum kucup dahi Nura", kata Nura selepas kereta itu meluncur pergi. Arrghh rindunya Nura pada abang.
***************************
"Mi, semalam pukul berapa kau balik?" tanya Zikri.
"Dekat pukul 2.00 pagi". Jawab Hilmi acuh tak acuh.
"Wow dasyat kau, kalah kami yang bujang ni, hai semalam malam Jumaat ler, kesian bini kau". Zikri bergurau nakal.
"Apa nak buat, lepas aku siapkan plan tu, aku ikut Saiful dan Nazim pergi makan dan borak-borak, sedar-sedar dah pukul 2.00", aku balik pun bini aku dah tidur. "Balas Hilmi.
"Sorrylah aku tanya, sejak akhir-akhir kau sengaja jer cari alasan balik lewat, hujung minggu pun kau sibuk ajak member lain pergi fishing, kau ada masalah dengan Nura ke?". Zikri cuba bertanya sahabat yang cukup dikenali sejak dari sekolah menengah, sampai ke universiti malah sekarang bekerja sebumbung.
"Entahlah Zek, aku tak tahu kenapa sejak akhir-akhir aku rasa malas nak balik rumah, bukan aku bencikan Nura, kami tak bergaduh tapi entahlah". terang Hilmi.
"Well, aku rasa aku perlu dengar penjelasan lebar kau, aku nak dengar semuanya, tapi bukan sekarang. Lepas kerja jom kita keluar ok?". Usul Zikri.
"Ok." Ringkas jawapan Hilmi sambil menyambung kembali merenung plan bangunan yang sedang direkanya.
***************************
Nura membuka kembali album kenangan itu. Tersenyum dia bila melihatkan saat manis dia diijab kabulkan dengan Hilmi. Majlis ringkas, hanya dihadiri sanak saudara dan rakan terdekat. Maklumlah yatim piatu, kenduri ini pun mujur sangat kakak sulungnya sudi mengendalikan.
Saat-saat sebegini Nura teringat kembali alangkah indahnya sekiranya ibunya masih ada, akan diluahkan segalanya pada ibu tetapi sekarang, dia tidak punya sesiapa. Nura menangis sepuas hatinya.
5 tahun menjadi suri Hilmi, bukan satu tempoh yang pendek. Nura bahagia sangat dengan Hilmi, cuma sejak akhir-akhir ini kebahagiaan itu makin menjauh. Nura sedar perubahan itu, dan dia tidak salahkan Hilmi. Makin laju air matanya mengalir.
"Abang sanggup menerima Nura, abang tidak menyesal?". tanya Nura 5 tahun yang lepas.
"Abang cintakan Nura setulus hati abang, abang sanggup dan Insya-Allah abang akan bahagiakan Nura dan akan abang tumpahkan sepenuh kasih sayang buat Nura,". Janji Hilmi.
"Walaupun kita tidak berpeluang menimang zuriat sendiri?". Tanya Nura lagi.
"Syyy... doktor pun manusia macam kita, yang menentukan Allah, Insya-Allah abang yakin sangat kita akan ada zuriat sendiri", Hilmi meyakinkan Nura.
Nura masih ingat saat itu, apabila dia menerangkan pada Hilmi dia mungkin tidak boleh mengandung kerana sebahagian rahimnya telah dibuang kerana ada ketumbuhan. Harapan untuk mengandung hanya 10-20 peratus sahaja. Tapi Hilmi yakin Nura mampu memberikannya zuriat. Tapi, itu suatu masa dahulu, selepas 5 tahun, Nura tidak salahkan Hilmi sekiranya dia sudah mengalah dan terkilan kerana Nura masih belum mampu memberikannya zuriat. Walaupun Nura sudah selesai menjalani pembedahan untuk membetulkan kembali kedudukan rahimnya dan mencuba pelbagai kaedah moden dan tradisional. Arrghh rindunya Nura pada abang.
***************************
"Aku tak tahu macam mana aku nak luahkan Zek, sebenarnya aku tidak salahkan Nura, dia tidak minta semuanya berlaku, isteri mana yang tidak mahu mengandungkan anak dari benih suaminya yang halal, tapi... " ayat Hilmi terhenti disitu.
"Tetapi kenapa? Kau dah bosan? Kau dah give up?" Celah Zikri.
"Bukan macam tu, aku kesian dengan dia sebenarnya, duduk rumah saja, sunyi, tapi sejak akhir-akhir ini perasaan aku jadi tak tentu arah, aku rasa simpati pada dia, tetapi kadang-kadang perasaan aku bertukar sebaliknya", terang Hilmi.
"Maksudnya kau menyesal dan menyalahkan dia?" tingkas Zikri.
"Entahlah Zek, aku tak kata aku menyesal, sebab aku yang pilih dia, aku tahu perkara ni akan berlaku, cuma mungkin aku terlalu berharap, dan akhirnya aku kecewa sendiri. Dan aku tidak mahu menyalahkan Nura sebab itulah aku cuba mengelakkan kebosanan ini, dan elakkan bersama-samanya macam dulu kerana simpati aku pada dia akan bertukar menjadi perbalahan" jelas Hilmi.
"Dan kau puas hati dengan melarikan diri dari dia? kata Zikri tidak berpuas hati dan menambah, "apa kata korang ambil saja anak angkat?"
"Anak angkat tak sama dengan zuriat sendiri Zek, kau tak faham. Aku harapkan zuriat sendiri dan dalam masa yang sama aku tahu dia tak mampu, ibu dan kakak-kakak aku pun dah bising, mereka suruh aku kawin lagi, tapi aku tak sanggup melukakan hati dia Zek. Aku tak sanggup". Ujar Hilmi.
***************************
Nura masih menanti, selalunya hujung minggu mereka akan terisi dengan pergi berjalan-jalan, membeli belah, atau setidak-tidaknya mengunjungi rumah saudara mara atau menjenguk orang tua Hilmi di kampung.
Kini dah hampir 5 bulan mereka tidak menjenguk mertua dia. Dia sayangkan mertua dan iparnya yang lain macam saudara sendiri. Dia tidak punya ibu, maka dengan itu seluruh kasih sayang seorang anakdicurahkan kepada kedua mertuanya. Sebolehnya setiap kali menjenguk mertua atau kakak-kakak iparnya dia akan bawakan buah tangan untuk mereka, biasanya dia akan menjahit baju untuk mereka, itulah yang selalu dibuat untuk menggembirakan hati mertuanya, maklumlah dia punya masa yang cukup banyak untuk menjahit.
Selalunya juga dia akan buatkan kek atau biskut untuk dibawa pulang ke kampung suami tersayangnya. Dan mereka akan gembira sekali untuk pulang ke kampung, tapi kini... aarghh rindunya Nura pada abang. Nura tahu Hilmi pergi memancing sebab dia bawa bersama segala peralatan memancing, dan hari ini sekali lagi Nura menjadi penghuni setia rumah ini bersama setianya kasihnya kepada Hilmi. Nura masih tidak menaruh syak pada Hilmi, dia masih cuba memasak sesuatu yang istemewa untuk Hilmi bila dia pulang malam nanti, tapi Nura takut dia kecewa lagi.
Arghh tak apalah, demi suami tercinta. Aaarggh Rindunya Nura pada abang.
***************************
"So you dah tahu I dah kawin, tapi you masih sudi berkawan dengan I kenapa? Adakah kerana simpati atau ikhlas?" tanya Hilmi pada Zati yang dikenali dua minggu lepas semasa mengikut teman-teman pergi memancing. Sejak itu Zati menjadi teman makan tengaharinya, malah kadang teman makan malamnya.
"I ikhlas Hilmi, dan I tak kisah kalau jadi yang kedua, I dah mula sayangkan you". Zati berterus terang. Lega hati Hilmi, tapi Nura?
***************************
"Abang, Nura tak berapa sihatlah bang rasa macam nak demam saja," adu Nura pagi tu, sebelum Hilmi ke pejabat.
"Ye ker? Ambil duit ni, nanti Nura call teksi dan pergilah klinik ye, abang tak boleh hantar Nura ni." jawapan Hilmi yang betul-betul membuatkan Nura mengalirkan air mata. Tidak seperti dulu-dulu, kalau Nura sakit demam Hilmi sanggup mengambil cuti, bersama-sama menemani Nura.
Arrggh rindunya Nura pada abang. Disebabkan Nura terlalu sedih dan kecewa, dia mengambil keputusan tidak mahu ke klinik selepas makan dua bijik panadol, dia terus berbaring. Sehingga ke petang, badan dia semakin panas dan kadang terasa amat sejuk, kepalanya berdenyut-denyut. Nura menangis lagi.
Malam tu, seperti biasa Hilmi pulang lewat setelah menemani Zati ke majlis harijadi kawannya. Nura masih setia menunggu dan dia rasa kali ini dia ingin luahkan segala perasaan rindu dan sayangnya pada Hilmi. Tak sanggup lagi dia menanggung rindu yang amat sarat ini, rindu pada manusia yang ada di depan mata setiap hari.
Aargh rindunya Nura pada abang. Apabila Hilmi selesai mandi dan tukar pakaian, Nura bersedia untuk membuka mulut, ingin diluahkan segalanya rasa rindu itu, dia rasa sakit demam yang dia tanggung sekarang ini akibat dari memendam rasa rindu yang amat sarat.
"Abang, Nura nak cakap sikit boleh?" Nura memohon keizinan seperti kelazimannya.
"Nura, dah lewat sangat esok sajalah, abang letih," bantah Hilmi.
"Tapi esok pun abang sibuk jugak, abang tak ada masa, dan abang akan balik lambat, Nura tak berpeluang abang". ujar Nura dengan lembut.
"Eh..dah pandai menjawab,"perli Hilmi. Meleleh air mata Nura, dan Hilmi rasa bersalah dan bertanya apa yang Nura nak bincangkan.
"Kenapa abang terlalu dingin dengan Nura sejak akhir-akhir ni? Tanya Nura.
"Nura, abang sibuk kerja cari duit, dengan duit tu, dapatlah kita bayar duit rumah, duit kereta, belanja rumah dan sebagainya faham?" Hilmi beralasan.
Nura agak terkejut, selama ini Hilmi tak pernah bercakap kasar dengan dia, dan dia terus bertanya, "dulu Abang tak macam ni, masih ada masa untuk Nura, tapi sekarang?" Ujar Nura.
"Sudahlah Nura abang dah bosan, pening, jangan tambahkan perkara yang menyesakkan dada", bantah Hilmi lagi.
"Sampai hati abang abaikan Nura, Nura sedar siapa Nura, Nura tak mampu berikan zuriat untuk abang dan abang bosan kerana rumah kita kosong, tiada suara tangis anak-anak bukan? " dan Nura terus bercakap dengan sedu sedan.
"Sudahlah Nura abang dah bosan, jangan cakap pasal tu lagi abang tak suka. Bosan betul..." Pagi tu, Hilmi keluar rumah tanpa sarapan, tanpa bertemu Nura dan tanpa suara pun. Nura makin rindu pada suaminya, demamnya pula kian menjadi-jadi.
Malam tu Hilmi terus tidak pulang ke rumah, Nura menjadi risau, telefon bimbit dimatikan, Nura risau, dia tahu dia bersalah, akan dia memohon ampun dan maaf dari Hilmi bila dia kembali. Nura masih menanti, namun hanya hari ketiga baru Hilmi muncul dan Nura terus memohon ampun dan maaf dan hulurkan tangan tetapi Hilmi hanya hulurkan acuh tak acuh sahaja. Nura kecil hati dan meminta Hilmi pulang malam nanti kerana dia ingin makan bersama Hilmi. Hilmi sekadar mengangguk. Tetapi malam tu Nura kecewa lagi. Hilmi pulang lewat malam. demam Nura pulak makin teruk, dan esoknya tanpa ditemani Hilmi dia ke klinik, sebab sudah tidak tahan lagi.
***************************
Abang pulanglah abang, pulanglah Nura ingin beritahu perkhabaran ini, pulang abang, doa Nura. Nura kecewa tapi masih menanti, bila masuk hari ketiga dia sudah tidak sabar lagi, dia menelefon ke pejabat. Dan telefon itu disambut oleh Zikri.
"Syukurlah Nura kau telefon aku, ada perkara aku nak cakap ni, boleh aku jumpa kau? tanya Zikri.
"Eh tak bolehlah aku ni kan isteri orang, mana boleh jumpa kau tanpa izin suami aku, berdosa tau", tolak Nura. Pilunya hati Zikri mendengar pengakuan Nura itu. Setianya kau perempuan, bisik hatinya.
"Oklah kalau macam tu, aku pergi rumah kau, aku pergi dengan mak aku boleh?" pinta Zikri.
"Ok, kalau macam tu tak apalah, aku pun dah lama tak jumpa mak kau, last sekali masa konvo kita 6 tahun lepas kan?" setuju Nura.
***************************
"Eh kenapa pucat semacam ni? tegur Mak Siti.
Nura hanya tersenyum penuh makna, dan membisik, "Allah makbulkan doa saya mak cik". Pilu hati Mak Siti dan betapa dia sedar betapa Allah itu Maha Mengetahui apa yang Dia lakukan. Segera Mak Siti mendapat Zikri di ruang tamu dan khabarkan berita itu. Zikri serba salah.
"Nura, aku anggap kau macam saudara aku, aku tak tahu macam mana nak mulakan, aku harap kau tabah dan tenang, sebenarnya Hilmi dalam proses untuk berkahwin lagi satu, dan aku sayangkan korang macam saudara sendiri, dan aku tak sanggup rumah tangga korang musnah macam ni, kau tanyalah dengan Hilmi dan bincanglah, cubalah selamatkan rumah tangga korang." terang Zikri.
Nura menangis semahunya di bahu Mak Siti, rasa hampir luruh jantung mendengarkan penjelasan itu. Patutlah selalu tidak balik rumah. Berita gembira yang diterima pagi tadi, sudah tidak bermakna. Nura menantikan Hilmi sehingga ke pagi, namun dia masih gagal. Dua hari kemudian Hilmi pulang dan sibuk mengambil beberapa pakaian penting, dan masa ini Nura bertekad untuk bertanya.
"Ya, betul apa yang Nura dengar tu, dan kami akan langsungkan jugak, dan abang takkan lepaskan Nura, itu janji abang, mak ayah pun dah tahu dan mereka tak kisah asalkan abang tidak lepaskan Nura, kerana mereka juga sayangkan Nura, dan Nura kena faham abang inginkan zuriat sendiri, walau apa pun persiapan sedang dibuat, abang janji takkan abaikan Nura." Janji Hilmi. Nura sayu mendengar, dan bagaikan kelu lidahnya untuk berkata-kata. Dan segala perkhabaran gembira itu terbunuh menjadi khabar duka. Nura terlalu kecewa.
***************************
Hilmi masih menanti di luar, rasa amat bersalah bersarang di kepala, sejak dihubungi Zikri, dia bergegas ke hospital apabila dimaklumkan Nura pengsan dan mengalami pendarahan. Doktor dan jururawat keluar masuk. Dia masih resah.
"Insya-Allah En. Hilmi, dua-dua selamat", terang doktor pada Hilmi. "Dua-dua apa maksud doktor? tanya Hilmi.
"Dua-dua ibu dan baby dalam kandungan tu, tapi dia kena banyak berehat kerana rahimnya tidak begitu kukuh, saya takut banyak bergerak akan menyebabkan berlaku keguguran, tapi kami dah mulakan injection untuk kuatkan paru-paru baby dan jahitkan rahim dia dan bersedia untuk early delivery dalam kes macam ni," terang doktor.
"Ya Allah Nura mengandung, Ya Allah berdosanya aku pada Nura, kesal Hilmi. Malu rasanya untuk menatap muka Nura.
"Kenapa Nura tak bagi tahu abang yang Nura mengandung? kesal Hilmi.
"Nura memang nak bagitau abang tapi, bila abang cakap abang sudah bertunang dan akan berkahwin dengan perempuan Nura tak sampai hati bang, Nura tak sanggup abang malu dan keluarga abang malu." Jelas Nura.
"Nura sebenarnya, abang belum bertunang dengan budak tu, abang cuma sekadar berkawan sahaja. Belum pernah abang bincangkan soal kawin lagi, dan abang tak sanggup nak teruskan hubungan tu lagi kerana abang akan jadi ayah tidak lama lagi." janji Hilmi. Kesal kerana mengabaikan Nura yang mengandung itu, membuatkan Nura risau dan akhirnya pitam di halaman rumah, mujurlah ada jiran nampak dan membawa ke hospital, dan mujur jugak Nura pengsan di halaman, dapat dilihat orang.
***************************
"Mama, kenapa mama buat tu, biarlah mak yang buat," marah Hilmi bila melihatkan Nura cuba menyapu lantai. Sejak keluar hospital hari tu, mertua dia meminta supaya Nura tinggal saja di rumah sehingga bersalin kerana dia memang tidak dibenarkan doktor melakukan sebarang kerja, bimbang keguguran kerana rahimnya tidak kuat.
"Ala Papa ni, biarlah mama buat sikit sajalah." balas Nura. Itulah panggilan manja mereka sekarang ni. Dengan pengawasan rapi doktor, yang setiap dua tiga sekali akan melakukan pemeriksaan, dan bila usia kandungan mencecah 6 bulan, doktor mengarahkan supaya Nura hanya berehat di hospital, supaya senang mengawasi Nura dan andainya apa-apa berlaku Nura akan terus dibedah untuk menyelamatkan nyawanya dan bayi yang dikandung.
Setiap hari Nura akan dilawati oleh Hilmi. Nura amat bahagia, ternyata bayi yang dikandung membawa sinar, amat berharga kehadiran dia nanti, sebab itulah Nura sanggup tinggal di hospital, sanggup menelan berjenis ubat, sanggup disuntik apa saja semuanya demi bayi itu. Kandungan sudah di penghujung 7 bulan, Nura amat bahagia merasakan gerakan-gerakan manja bayi yang dikandungnya. Setiap tendangan bayi dirasakan amat membahagiakan.
Doktor makin teliti menjaga Nura, kerana bimbang berlaku pertumpahan darah, dan akhirnya apa yang dibimbangi para doktor menjadi nyata apabila Nura mengalami pertumpahan darah yang serius, lantas terus dia ditolak ke dalam bilik bedah dalam masa beberapa minit sahaja.
Hilmi tiba bersama ibu dan ayahnya, dia panik sekali, namun cuba ditenangkan oleh kedua orang tuanya. Hampir 1 jam berlalu, apakah khabarnya Nura di dalam sana. Hilmi makin risau, setengah jam kemudian doktor keluar. Hilmi meluru "doktor bagaimana isteri saya ?", Hilmi terus bertanya.
"Sabar, kami telah cuba sedaya upaya, tahniah anak encik selamat, encik dapat anak perempuan, seberat 2.1 kilogram, dan kini kami cuba sedaya upaya untuk selamatkan Puan Nura Ain." terang doktor.
"Apa maksud doktor? Tanya Hilmi yang sudah tidak sabar.
"Begini, dia kehilangan banyak darah, kami cuba sedaya upaya menggantikan darahnya yang keluar itu, dan masih berusaha, namun rahimnya terus berdarah dan kami mohon kebenaran untuk membuang terus rahimnya demi menyelamatkan nyawanya." jelas doktor.
"Buatlah doktor, saya izinkan asalkan isteri saya selamat."
***************************
"Ermmm... lekanya dia sampai terlena." tegur Hilmi sambil membelai dan mengusap kepala Nur Syuhadah yang terlena akibat kenyang selepas menyusu dengan Nura. Nura hanya tersenyum. Hari ni genap seminggu usia Syuhadah. Nura Ain masih lemah akibat kehilangan banyak darah. Namun dikuatkan semangat demi Nur Syuhadah buah hatinya. Dia mencium sepenuh kasih sayang pipi comel anaknya itu. Dia membelai sayu wajah comel itu. Entah kenapa dia rasa seperti terlalu sayu hari itu, hatinya terlalu sepi, semalam dia mimpikan arwah ibunya, datang menjenguk dia dan Syuhadah, tanpa suara, ibunya hanya tersenyum. Dan akhirnya berlalu begitu sahaja.
Hari ini Nura menjadi seorang perindu, dia rindukan ibunya, dan diceritakan perkara itu pada Hilmi. "Mungkin mak Nura datang tengok cucu dia, dan dia amat gembira". pujuk Hilmi menenangkan Nura.
"Abang... tolong Nura bang!!" laung Nura dari bilik air.
"Ya Allah Nura kenapa ni? Hilmi ketakutan. "Mak... tolong mak... makkkkkkkkkkk" Hilmi menjerit memanggil emaknya didapur.
"Cepat, bawak pergi hospital, cepat Hilmi" perintah Mak Zaharah.
***************************
"Maaf dia tidak dapat kami selamatkan, terlalu banyak darah yang keluar, dan kami tak sempat berbuat apa-apa, dia terlalu lemah dan akhirnya dia 'dijemputNya", terang doktor. Terduduk Hilmi mendengarkan hal itu. Jenazah selamat dikebumikan. Syuhadah seakan mengerti yang dia sudah tidak akan menikmati titisan-titisan susu Nura Ain lagi.
Syuhadah menangis seolah-olah ingin memberitahu dunia yang dia perlukan seorang ibu, seorang ibu yang bersusah payah, bersabung nyawa demi untuk melihat kelahirannya. Demi membahagiakan papanya, demi membahagiakan neneknya. Syuhadah terus menangis seolah-olah tidak rela dia dipisahkan dengan ibunya hanya bersamanya untuk sekejap cuma. Semua yang hadir kelihatan mengesat mata, tidak sanggup mendengar tangisan bayi kecil itu. Semua terpaku dan terharu, Hilmi mendukung Syuhadah dan memujuk bayi kecil itu, akhirnya dia terlelap didakapan papanya.
***************************
Abang yang Nura rindui,
Abang, maafkan Nura kerana selama ini tidak mampu menjadi isteri yang terbaik buat abang. Saat abang membaca surat ini, mungkin Nura sudah jauh meninggalkan abang, Nura tak harapkan Nura akan selamat melahirkan anak ini, tapi Nura harap bayi akan selamat walau apa yang terjadi pada Nura. Itu harapan Nura bang.
Nura masih ingat, rumah tangga kita hampir runtuh kerana Nura tidak mampu memberikan zuriat buat abang, tapi bang, kali ni doa Nura dimakbulkan, dan untuk itu, biarlah Nura menanggung segala kepayahan demi zuriat ini bang.
Saat Nura menulis surat ini, Nura masih lagi menjadi penghuni setiap katil hospital ini. Baby kita makin nakal bergerak bang, tapi Nura bahagia merasa setiap tendangan dia abang, Nura bahagia, cukuplah saat manis ini Nura dan dia. Nura rasakan setiap pergerakannya amat bermakna, dan andainya ditakdirkan Nura hanya ditakdirkan untuk bahagia bersama dia hanya dalam kandungan sahaja Nura redha bang. Siapalah Nura untuk menolak ketentuanNya. Nura tak mampu abang. Cukup bersyukur kerana sekurang-kurangnya Allah makbulkan doa Nura untuk mengandungkan zuriat dari benih abang yang Nura cintai dan kasihi selamanya. Nura redha sekiranya selepas ini walau apa terjadi, Nura redha, kerana Allah telah memberikan Nura sesuatu yang cukup istemewa, dan andainya maut memisahkan kita Nura harap abang redha sebagaimana Nura redha. Syukurlah sekurang-kurang Allah berikan nikmat kepada Nura untuk merasai nikmatnya menjadi seorang ibu walau cuma seketika.
Andai apa yang Nura takutkan terjadi, dan bayi ini dapat diselamatkan Nura harap abang akan jaganya dengan penuh kasih sayang. Nura harap abang jangan biarkan hidupnya tanpa seorang ibu. Cuma satu Nura harapkan dia akan mendapat seorang ibu yang mampu menjaga seorang anak yatim dengan baik dan menjaganya dengan penuh kasih sayang. Seumur hayat Nura, Nura tak pernah meminta sesuatu dari abang, dan kini inilah permintaan Nura, janjilah anak ini akan mendapat seorang ibu yang penyayang.
Abang yang Nura rindui...
Dulu sewaktu rumah tangga kita dilandai badai, Nura ingin sangat ucapkan kata-kata ini pada abang, tapi Nura tak berkesempatan, dan walaupun kini Nura tiada lagi, tapi Nura nak abang tahu yang...
Nura rindukan abang... ...
Nura rindu sangat dengan abang... ..rindu bang... rindu sangat... .
Sekian,
Ikhlas dari nurani isterimu
Nura Ain Bt. Abdullah

Wednesday, 20 July 2011

hebat ciptaan Allah

bila tgk gambar2 ni rasa wow kerdilnya diri
hebatnya kuasa Allah yg cipta mcm makhluk
LAGI besar dan kuat dari manusia
so layan kan gmbar2 di bawah ni

----



----



----



----



----



----



----



----



----



ni mungkin dah biasa tgk, ada lg besar rasanya dari boya ni
gambar ni memang menakjubkan, xsangka ada
obor2 yg sebesar ni
sotong ni kalo bg aku sethn blom tentu habes 
yg ni aku takut sangat
ni aku xtau pebenda tp nmpak cam spider man
b***  hutan
yerrrkkkk....walo pon bdn ko taf tp aku xshuke ko..hak hak
comelllll sangat...peluk best ni...ingat kat monster 
ni rasanya cam rusa ...ntahla tanduk cam rusa..besar nye...
tanduk leh wat kusi kat umah
geli ikan ni..pjg nau mcm ulor...
comel 
kalo kena tokak ngan lebah ni bengkak sebln xsurut...beso.. 
ni aku xtau..dari td aku perati apa bnd sbnrnya tp xjelas..
tp still BESAAARRRR..


sekian sesi perkongsian ilmu

Tuesday, 19 July 2011

lemauu

oh man....oh woman...kena adil 22 pun kasi sebut...
arini sgtla flat, teres suma ada...sgt xlarat kuasa 3
bercampur la dgn malas nk buat keja
so bukak internet layan blog org
tapi still rasa xlarat.....

smlm aku bukak posa mkn megi campur sayur byk2
sampai xnmpk rupa megi...napa mkn megi kerana dh lama
aku xmkn megi, so smlm kol en hesben ckp tolong
belikan megi xkira perisa apa pun janji megi
tringin sgt2 nk mkn megi....en hasben smlm balik beli nasi
mkn ngan kari kamben...tula keja dia sampaikan smlm aku
ckp kt dia ntah2 mamak tu letak daun ganja dlm kari

yela nok blh dikatakan tiap2 hari dia nk g beli kari kat kedai
mamak tu.....xnama ketagih tu...apala mamak tu masukan
dalam kari dia...aku plak en hasben smpi je umah..
dah dkt nk azan maghrib..trus g dpur potong sayur 1 bekas
fish ball 8 ketul then masak skali...en hasben kata megi aku
semak...motipp???sbb nmpk sayur lebih dari megi...

jadinya megi aku tawar hebey....mkn ja la kekdahya
tambah garam jela...pas mkn p mnd semayang pas tu
blueeekkkkk muntah kuor balik megi semak...
lepak dpn tb ngan en hasben sampai kol 10
rasa lapar balik, p dapur tgk kurma ada lagi
mkn jela kurma tu laki bini...
tula mknn last aku smlm sampai hari ni
pg td pun xbgn sahur, rasa lemau giler ni

xlarat sgt la pulak...xtaw nk masak pa rini
tpon en hasben gtau nk pi pasar mlm
soh pulang awal....bini u ni nak makn somtam
tetiba ja aku rasa tringin sgt nk mkn somtam
mengandung??????oh sama skali tidak ye
cuma mcm tringin je, terbayang2 udang kering
dia, kacang dia, rasa masam2 manis dia...wooowww
ko ni dh puasa mula la itu terbayang ini terbayang

malas aku nak layan


sekiann......

Monday, 18 July 2011

langsir baru

cik google la bkn langsir aku

haaa tudia kasi besar ckit gambar
ok ni bkn langsir umah aku ok
santek gak kaler ni kan
tp aku wish sgt kot2 en hasben terbaca entri ni

sgt la aku teringin nak tukar langsir baru raya ni
tp dipikirkan raya nnti mau pulang jauh
perlu duit yg banyak
hmm lupakan langsir baru
amboi cm iklam sabun cuci lak

aku klw nak wat langsir nak kaler ketenangan
mula minat gak ngan warna koko tp bohsan lak
umah mak aku koko, umah kak aku koko
xkan aku nk koko gak, so pilih nya pilih dapt la
satu warna ni..tp aku yg  berkenan sgt
en hasebn xtaw g..nnti p cr ngan dia
tkt dia bilang gelap pulak..

aku nk tgu pas raya ja..
bila dah lps raya belanja xbyk leh la aku tukar langsir
alamak xsabarnyaaaa...
langsir yg ada skang telah rabak
akibat di kerjakan oleh monster kat umah
iaitu kucing kami

subhanallah nakal nya ya rabbi
mlm2 org nak tido di mula la xreti2 dok diam
cm kiteorg kdg2 tdo luar dpn tb
ohh kemain lagi dia tunjuk skill
lompat sini sana tokak kaki tokak jari
naik tdo atas badan, mcm2 dia buat
aduhai...

satu hari tu aku tgh tgk tb, aku tgk dia 
panjat gril dkt sliding door tu
aku pun wat dunno la, dia mang ska panjat gril tu
skali smpai kat atas, kaki dia terpeleot kot
dia berpaut kat langsir, praaaaaappppppppp
hambik ko rabak giler la langsir aku tu
terpelohong nmpk luar terus
dah mcm xpki langsir umah aku

nasib la sebelah ja rabak...aku ambik 
monster terus denda dok kt luar
en hasben blk kerja mrh aku letak kucing dia kt luar
so cita la aku....pung pang pung pang
en hasben gelak ja, panas ati aku

so umah aku bila ada org dtg aku lilit2 kan
langsir tu supaya xnmpak ke rabakan nya
korang leh bayangkn betapa buroknya
keadaan ruang tamu aku...huk huk sedih

eh asal tetiba cita sal kucing, asalnya nk cita sal langsir
haha haha.....

sekian......




Friday, 15 July 2011

berita gembira berturut2

sejak 2 menjak ni aku dgr byk berita gembira bg bbrapa org geng ttc.
tumpang gembira untuk korang especially  tinie dan kak haiza
aku gembira dengar tentang kejayaan dorang smua
msti korang hepi gile kan bile tgk upt tu naik 2double line..
klw aku rasanya dah nangis dh kat situ

aku ucapkan tahniah pada korang yg berjaya hamil
mungkin Allah dah mendengar doa2 kalian
segala dugaan yang korang lalui dah terbalas kini
segala kesabaran dan usaha korang membuahkan hasil akhirnya
tapi ble tahu pasal berita baik tu tetiba aku jadi sebak
bila la masa aku nak rasa kegembiraan macam tu
sedih nyaaaaaaaa.....ohhhh jgn la ada perasaan ini Ya Allah
mungkin nnti tiba masa aku dan kawan lain pulak insyaallah
tp kdg2 hati aku ni jahat, slalu tanya
boleh ka aku ni nk mengandung cam orang lain..
ke aku ni ditakdirkan xda anak sampai tua...

oh hati....knapa la kau begitu jahat dan sangsi terhadapku..
kau telah menyeksaku...kau buat aku berfikiran d luar batasan..
bila di pikirkan blk aku mesti kuat..mesti positif...aku masih punya sang suami..
syukur...aku masih punya mak abah...syukur..aku masih punya keluarga sendiri
dan keluarga mertua yg memahami...syukur..aku masih sihat...syukur...aku masih
berupaya untuk berusaha...syukur...knapa aku jd lemah kerna mengikut kata hati...
kekadang hati xboleh dilayan...kerna dihati adanya satu tempat yg hitam lg jahat..

akan ku cuba melawan perasaan ini, walaupun pedih nk ku tepis rasa ini..
tapi aku harus melalui nya...kalau ku turut tentu kasihan pada suami...
kenapa aku jadi begitu pentingkan diri, dia masih perlukan aku sbg isteri...
dia masih inginkan aku memahami bhw dia juga sedih dgn dugaan ini
dia juga tidak mahu aku memikirkan hal ini sehingga
memudaratkan diriku sendiri....dia masih ingin aku jd isterinya spt dulu
tika detik2 awal pernikahan kami...dia ingin aku ceria tanpa perlu pikirkan
tanggapan org tentang kami...

oleh itu aku harus bangkit dan buang jauh2 perasaan hati yg hitam itu
aku harap aku mampu..berbekalkan suami yg sentiasa disisi
dan sokongan sahabat2 ttc yg begitu rapat denganku....
hidup ini kita yg rencanakan jd kenapa aku harus rencanakan
hidup aku dengan persekitaran yg sedih dan muram
aku mampu rencanakan yg  baik2 saja..yg indah2 saja...
aku mampu..ya aku mampu..
korang juga mampu jadikan hidup kita semua masih ceria
walaupun ujian besar sentiasa mengiringi kita...
kita adalah kaum2 yg hebat...penjihad wanita...
mampu menepis ujian yg hebat 'itu'....

Thursday, 14 July 2011

Al Ain Paradise

AL AIN PARADISE


The First park in Guinness World Record by
The Largest Number of Hanging Flower Baskets---
Al Ain, United Arab Emirates..........

 
cantik2 bunga kat sini,rasa nyaman gile rasa
kita pun hado kan pesta bunga kat putrajaya
meh la ramai2 p tengok, haha aku kat
sini pun xp p lagi, yela mggu lps blk kg, pastu hari keja
balik dah petang, nk p mlm xnmpk lak bunga2 tu
tengok la ujung minggu ni cmna..tu pun law rajin...hahaha..dasarrrrrr...
pemalassssss... 
 

Wednesday, 13 July 2011

appt pertama

hari ni hari pertama aku mulakan rawatan kt spital
pagi td aku kuar umah kol 7.20pg
appt kol 8 tp kuar awal jugak
hospital xla jauh dr umah tp aku riso tkt xde parking
tp sampai punya la byk lg parking kt spital putrajaya ni

masuk je terus ke kaunter pendaftaran
ambik no then tggu dorang panggil
dah dpt no.appt kena g kaunter A bhg Obstetri & Ginekologi
nurse panggil cek berat cek tekanan darah suma
ok done, next tgu lak nak masuk jmp doktor
tgu dlm 2jam gak, punya bosan gila aku sorang2
en hasben lak xde, ingt kan xboring upanya fuhhhh...blh thn..
len kali ajak dia skali la..
last tu panggil gak no aku
masuk dalam dapat doktor mengandung, tp sgt kiut dan baik

dia tanya sejarah kawen, bape lama kawen,ada skt pape x
mcm mana berat naik, period ok ke x,dan bla bla bla.....
tp sal period tu aku ingt selama ni period aku xregular
tp doktor tu ckp td  period awak ok, regular sebab awak dtg
period tiap2 bln, maybe lambat 2 or 3 days it's normal...
aku pun aik yeke dok period saya regular...dia ckp yes...

ok pas di tanya itu ini mcm2..
then dia kata baring saya nk cek perut awak
ok naik atas katil angkat baju suma, dia cek kelenjar tiroid
cek breast cek perut ok suma dlm keadaan baik
then dia scan perut, 'owh saya xnmpk sgt la awak dah kencing
ke pg ni' aku pun ye sy dah kencing masa tgh tunggu no panggil
dia ckp saya terpaksa scan dr bwh la sbb xnmpk
aku?????hmmm ok la...rasa cam berdebar je.ni la first time
org len tgk bwh tu, selain laki sendiri...k la xpe nak anak kan...
'buka suar dalam ye saya tunggu'..
dah buka suma aku ready atas katil , dia ambil selimut then tutup kaki
'angkat kaki ye puan'....dia langsung xtengok bhg sulit pun...
bagus la dok tu...tp masa mula masuk omak ai...terkejut aku..
dia perasan kot aku cam xselesa dia soh tarik nafas dan masuk
pelan2..( terus ingat kat en hasben..hahahah )..
rasa dia mcm kita bersama ngan hasben tp mungkin
yang tu senak ckit sbb dia gerak2kan benda tu keliling kan..
lama gak dia dok tgk skrin tu...aku tanya la itu ini.
dia ckp puan mungkin ada cyst..sbb saya mcm nampak
ada bintik2 kecil keliling ovari puan, tp xsempat lak nk soh
dia tunjuk cmne rupanya tu...ok done...

 pakai balik sluar dalam, dok balik tepi dia
dan dia jelaskan puan ada cyst ye, dia pun lukiskan
la cemana rupa bnda tu, aku ni pun hulu bkn taw pebenda tu
ok dia ckp ok ni ovari puan, cyst tu ada disekeliling ovari
jadinya cyst ni telah menghalang dari telur puan keluar
sbb tu xterjadinya persenyawaan..sbb sperma suami xjumpa telur
ok buat masa skrang saya syorkan puan turunkan berat badan dulu
sbb cyst ni berkait ngan hormon, kalau puan boleh kurus balik
insyaallah cyst ni akan hilang dengan sendiri.
lagi la aku bersemangat nak diet kan
yela tadi aku timbang berat 68kg, b4 kawen 50kg
jumlah kenaikan pas kawen 18kg, so drastik...

aku punya cyst cam sebelah kanan tu
geli lak aku tgk

then dok ni rujuk ngan pakar sorang lagi
ckp perlu xambek ubat kesuburan
pakar tu tanya aku kalau ambik ubat kesuburan
maknanya akan kerap dtg jumpa dorang dlm bln posa
aku terus ckp 'owh bln puasa saya xnak apa2 rawatan'
yela kang nnti terbatal posa xnaya?nak ganti satu hal
aku ckp xpe doktor saya start balik pas raya
pakar tu gtau kita akan buat HSG tuk puan, lps raya
tapi proses ni agak sakit(wah ngeri disitu)
sbb puan xpenah rasa sakit bersalin so nnti mungkin puan
akan rasa sakit dan xselesa, aku pun dgn bangang p tanya
doc,mang proses ni xda bius ke?dia ckp suma patient
kita buat xpakai bius, dlm keadaan sedar...haaa malu aku..
takut la wei..korang yg penah wat HSG tu sakit x ha?

bla dah selesai dgr nasihat pakar then back to the doc comei
doktor tu bagi aku tarikh tuk HSA for en hasben dan tarikh jumpa dia blk
lambat lagi oooo.tuk ..hasben bln 11 tuk aku bln 10
tuk HSG dia soh kol hospital untuk amek appt
selepas dtg period bln9 ni..mean pas raya..habis jumpa
doktor tu aku kena dgr penerangan dr sorang pegawai laki
aku xtaw dia doktor ka nurse...jmpa dia tu dgr penerangan
yg dia bagi...pastikan 3-5 hari sblm tarikh appt hasben,
kami xdibenarkan bersama, ambil sampel pagi dan dlm masa
1/2jam sampel mesti sampai kat lab..nasib la umah dkt ja.
masa bw pastikan botol berisi semen tu sentiasa di kepit di badan
untuk me 'warm' kan ia...aku sbnrnya malu la nk dgr penerangan
pegawai tu...dia siap buat2 lawak lg..malu wei nk dgr bnd2 sensitip tu,
tp tebalkan muka tadah je telinga , lagipun pegawai tu mungkin dh lali
dah bnd cmtu...yela dh ramai yg jumpa kes yg sama..
ok dah siap dgr penerangan, amik time slip , check semula appt
dan balik opis...fuhhh selesai appt pertama..
otw blk opis dlm keta aku doa dlm hati moga
Allah mudahkan segala rawatan aku ni dan moga
aku dpt peluk anak aku sndiri nnti...hasil dr usaha ni..

till then

Tuesday, 12 July 2011

bahagiakan suamimu

ni adalah satu petua tuk aku dan jugak tuk kwn2 yg aku sayangi
bagi pendapat aku sementara kita belum di kurniakan zuriat lagi ni
cuba kita penuhkan aktiviti kita ngan hasben memasing
lakukan aktiviti kegemaran kita bersama, cth shopping
bagi yg super shopping, mancing ke, joging ke, melancong ke
ape2 jela...macam aku ngan en hasben sblm ni payahnya kami nk luangkn
masa bersama..sbb en hasben keja hari yg aku cuti dan sebaliknya.
law nk buat aktiviti sama2 salah sorang terpaksa amek cuti
tapi alhamdulillah skrang ni dia dah dapat cuti sama hari ngan
aku cuti...lega dan syukur sgt...yes mmg aku bersyukur sgt sbb bila 
bersama ngan en hasben rasa waktu yg di manfaatkan amat bermakna
ok ni aku ada nk share ngan korang apa yg aktiviti yg korang leh lakukan
sesuai ngan minat hasben memasing...aku amek dr mw..
cekedot


suami yg berjiwa seni

jika hasben korang ni kreatif, inovatif, dan mahir dlm seni,
cthnya : fotografi, muzik, tarian / lakonan

bahagiakan dia dengan :
korang blh ajak hasben korang pegi tempat2 yg indah
kalau hobi di suka amek gambar, korang offer la diri 
nak jadi model xberbayar dan layankan je idea
'gila gilanya'..biar dia seronok
xpun korang ajak hasben pegi galeri seni ke xpun
ape2 pameran yg terkini pasal kraftangan atau seangkatan denganya

suami menyukai aktiviti lasak

andai hasben korang suka sgt aktiviti luar spt berkhemah,
hiking (aku pun xtaw pebenda ni), menyelam skuba
panjat gunung dan sebagainya
bahagiakan dia dengan:
ajak dia pegi treasure hunt yg di kelolakan oleh 
mana2 persatuan atau syarikat.kalau xde korang
leh pegi berdua then buat sukan tu bersama
xpun korang rajin2 la google cari aktiviti yg sesuei ngan minat
hasben korang pastu soh dia daftar diri kat situ

suami suka melancong 

jika anda mempunyai hasben yg suka sgt melancong
atau dia suka sangat melawat tempat2 orang

bahagiakan dia dengan:
mengajak hasben ke lokasi percutian atau tempat yg menarik
yang dia suka. pastu korang search la kat internet 
cari pakej2 yg terkini dan menjimatkan.
xpun kalau korang rajin masuk la apa2 pertandingan
yang menjanjikan hadiah percutian.bila menang
sure hasben korang sayang ketat2 kt korang
setahu aku bulan ogos ni ada matta fair kat kl
from 12 ogos until 14 ogos 2011
kat situ nanti memang banyak pakej2 yg menarik
mang gempak la..boleh dapat murah.

suami suka layan movie

kalau korang mempunyai hasben yang suka sangat layan movie
xkira la yg baru kluar ke atau movie lama

bahagiakan dia dengan:
membeli tiket wayang dan ajak dia tgk movie tu kat panggung
kalau tgk movie midnite skali skala best jgk taw
dpt eratkan hubungan somi isteri.
xpun korang leh beli dvd layan movie kat umah
best apa..korang ingat buat akviti kat umah
boring ke, kalau korang pandai bangkitkan mood bercinta
kat umah pun rasa best tau,,kalau x xdela pepatah
'rumahku syurgaku'

okla stakat ni tu je kot tips aku kali ni
matta fair tu buat dlm bln posa la
tapi nk ajak jugak en hasben pegi ingat nkn grab apa2
pakej percutian yg best..lagi best kuar g matta fair then tunggu
la buka posa terus kt luar...ada mmbr aku ckp berbaloi 
dan dpt harga murah bila g situ..pakej yg standard dorng wat 
promosi dpt sampai separuh harga...gile kan..
so aku mmg niat nk g..moga hajat kesampaian..

sekian


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...